Regangan
Regangan (Stretching) sangat penting sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan terasa sakit selepas melakukan sukan. Ia juga dapat mengelakkan daripada mendapat sebarang kecederaan pada otot. Di bawah ini ada tersedia cara-cara regangan yang biasa dilakukan yang merangkumi semua bahagian otot yang terdapat pada badan.
MARI KITA LAKUKAN BERSAMA-SAMA STEP BY STEP!
- Tolak kepala kekiri dan ke kanan.
- Regangan berlaku pada bahagian leher.
- Dongak ke atas dan tunduk ke bawah.
- Lakukan secara berkala dalam kiraan 8.
- Tujukan tangan kanan ke arah kiri secara lurus.
- Tangan kiri tolak siku tangan kanan tadi ke belakang.
- Regangan berlaku pada bahagian bahu.
- Lakukan langkah yang sama pada tangan sebaliknya
- Depakan kedua belah tangan pada dinding atau pintu
- Biarkan kedua belah tangan berada selari di bahagian dada ke depan
- Tolak badan ke depan secara perlahan-lahan
- Regangan berlaku pada bahagian dada anda
- Ke belakangkan tangan kanan anda secara lurus selari dengan paras dada.
- Ulang langkah yang sama pada bahagian tangan yang sebaliknya.
- Regangan berlaku pada bahagian otot biceps.
- Lakukan secara berkala dalam kiraan 8.
- Angkat tangan kanan ke atas dan arahkan pergelangan tangan ke belakang bahu
- Tangan kiri anda tolak siku tangan kanan ke arah ke bawah
- Ulang langkah ini pada tangan di sebaliknya dalam kiraan berkala 8
- Regangan berlaku pada bahagian otot triceps
- Baringkan badan mendatar di atas lantai.
- Angkat kaki kiri silangkan di atas lutot kaki kanan
- Pastikan pergelangan kaki kiri barada di depan lutot kaki kanan
- Angkat badan sedikit untuk memegang kaki kiri tersebut
- Regangan berlaku pada bahagian otot punggung
- Duduk 90 dajah dengan kaki lunjur kedepan dengan lurus badan menghadap ke depan
- Kaki kanan dibiarrkann lurus, kaki kiri dibiarkan bersilang
- Pastikan tangan kanan menyentuh lantai dengan bersilang dengan kaki yang bersilang tadi
- Regangan berlaku pada bahagian otot peha luar
- Baring melentang di atas lantai dengan badan menghadap ke atas
- Angkat kaki kanan ke arah atas dengan lurus
- Angkat badan anda sedikit untuk memeggang kaki kanan anda tadi
- Ulang langkah yang sama pada bahagian kaki yang sebaliknya.
- Regangan belaku pada bahagian otot peha belakang
- Berdiri dalam keadaan lurus
- Bengkok kan kaki kiri anda ke belakang
- Pastikan tangan kiri anda memegang kaki kiri yang dibengkokkan tadi
- Imbangi badan anda dengan baik dari terjatuh
- Lonjakkan badan anda ke depan dengan kaki kanan kedepan kaki kiri ke belakang
- Pastikan kaki kiri anda lurus untuk mendapatkan regangan pada bahagian otot betis
- Bengkok kan sedikit kaki kanan anda untuk menjadikan kaki kiri lurus
- Ulang langkah pada bahagian kaki yang sebaliknya
- Pegang pada mana-mana tiang atau bongkokkan badan anda kedepan
- Pastikan badan anda dalam keadaan 90 darjah dan kaki dalam keadaan lurus
- Regangan berlaku pada bahagian belakang badan
- Baring di atas lantai dengan badan menghadap ke atas
- Angkat kedua belah kaki mendekati bahagian dada
- Pegang kaki tersebut dari terjatuh
- Pastikan bahagian badan belekang anda mendatar secara lurus di atas lantai
Comments
Post a Comment