Aktiviti Memanaskan Badan & Menyejukkan Badan

Tujuan
a. Memanaskan badan
b. Mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi
c. Meningkatkan pengaliran darah ke jantung
d. Menyediakan tubuh badan, otot-otot dan sendi serta meningkatkan kadar nadi untuk menghadapi aktiviti seterusnya.

Lakukan senaman dengan mengerjakan otot-otot besar dengan perlahan-lahan bersama-sama. Regangkan otot dan sendi secara mudah serta senang.

Memanaskan badan 
a. Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 8-10 minit, contohnya seperti berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
b. Melakukan Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi jangan memaksa sehingga boleh mencederakan otot-otot
c. Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang menggunakan tenaga tinggi.

Menyejukkan badan

Bersenam tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam juga penting dan tidak boleh diabaikan.
Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.
Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

a. Penyejukan
Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.
b. Memperlahankan kepantasan
Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.
c. Menurun
Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.





Comments

  1. Apa aktiviti menyejukkan badannnn?????????

    ReplyDelete
  2. From 7m people..... Just you see my comment

    ReplyDelete
  3. APE NI BERGADU TERUS JAGAN TOXIC AHH. ??

    ReplyDelete
  4. Apa aktiviti menyejukkan bada 😭

    ReplyDelete
  5. Mana aktiviti menyejukkan badan nyo?!😭😐

    ReplyDelete
  6. boleh tolonh tk sy nk tanya ni apa maksud tujuan memanaskan badan & menyejukkan badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah :
      • meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi);
      • merangsang aktivitisistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisisaraf
      - kontraksi otot menjadi lebih efisyen);
      • mengurangkan masa reaksi ;
      • meningkatkan koordinasi;
      • mengurangkan risiko kecederaan; dan
      • meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi

      Delete
  7. sy tk marah tapi sy just nk ckp

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FORMAT PERTANDINGAN DAN PERMAINAN SCRABBLE

Istilah-Istilah Permainan Scrabble